**********Her St0ry is My StoRy**********

**********Her St0ry is My StoRy**********

Thursday, August 26, 2010

Edisi 'Pahlawanku'

Assalamualaikum wbt....

Merengkoklah nadi dan sendulah hati
Kerana semalam kisah sayu memamah diri
Dalam kehitaman sejarah bumi ini
Matinya pahlawan kerana bertahan di dada pertiwi
Dengan peluru dan darah
Dengan keringat yang tumpah

Pahlawan
Matimu melingkar sejarah
Matimu mati hanya pada jasad
Dan matimu hanya mati dari jagat

Pahlawan
Ketahuilah kami bahawa kematianmu
Cuma dikenang dalam doa dan restu
Cuma diukir nama pada sebuah tugu
Dan semusim sekali dibawa berlagu
padalah....
Biarlah tugu menjadi keramat dan jihad
Dan biarkan ia dikenang dengan tekad
Bahawa kami penyambung wasiat
Bisa ada warisan
Dalam darah
Dalam sejarah

Pahlawan
Kami anak-anak menggugat zaman
Bukan hanya lumrah dengan tekad dan sumpah
Tapi, akan mengukir sejarah sepertimu jua
Demi ibu,tanah bertuah kurela rebah
Demi ibu, Tanah bertuah kurela menitis darah

Pahlawan
Hari ini harimu dalam kenangan
Kerana jasa dan bakti nan terbilang
Kami kenangi dalam sendu dan sumpah hulubalang

Pahlawan
Semadilah dikau
Dengan bunga-bunga di kalungan
Lambang kenangan
Dan itulah kurnia yang mah agung kami sembahkan
Kerana bintang-bintang kebesaran sudah tidak bererti bagimu

Pahlawan
Semadilah dan semadilah
Hingga harimu ke mari lagi!
Puisi Karya: Mejar (B) Mohamed Awang

Nota Kaki::Actually, entry ni dah lama aku mau post..tapi asik delay je...tapi luckily, bulan merdeka belum berakhir lagi...first time baca dis puisi, mmg meremang....n feel....n hope u ols like it to0...enjoy it!

No comments:

Post a Comment